Ads by nuffnag

Saturday 20 September 2014

Asus Zenwatch

Asus Zenwatch

Dah alang alang pakai smartphone asus, pengguna zenfone 5 mesti tengah mencari aksesori yang sesuai untuk serlahkan lagi smartphone kita ye ke tidook.

Diannouced di IFA 2014 Berlin bersama gadjet gadjet Asus yang lain, Asus zenwatch merupakan smartwatch pertama keluaran asus yang boleh dihubungkan ke peranti andriod 4.3 keatas.

Dengan rekaan yang kemas, zenwatch dilengkapi dengan  9-axis sensor dan HeartRate (BioSensor)membolehkan zenwatch membaca taraf pembakaran kalori dan kadar degupan jantung.


Dengan Zen UI dari keluarga Zenfone. pengguna juga dapat mengasses aplikasi What Next terus dari zenwatch anda.

Anda tak perlu risau zenwatch anda dimasuki air kerana zenwatch memiliki IP55 Certified Water Resistant.


Friday 19 September 2014

Zenfone 5 pixelmaster

Trivia pak non
 
Tau tak pixelmaster dari Asus zenfone 5 dapat boostkan brightness sehingga 400% dalam kondisi kurang cahaya
 
Gambar atas diambil dengan kehadiran cahaya paling sikit dan gambar pertama diambil dengan asus zenfone 5 dengan low light mode dan gambar kedua tidak menggunakan low light mode. korang perasan tak detail gambar dengan low light mode lebih jelas dan cerah.

samosa papa papa

Hah. bagun pepagi ja lapar. nak turun beli makan amatlah malas. So, semalam pak non dah beli siap kulit popiah dan initi inti untuk buat samosa..

How about pak non tunjuk cara nak lipat samosa untuk para para papa kat luar sana. Goreng pagi pagi mama mama pasti sayang ye dok.

Bahan bahan sket ja:

  • Sardin tin
  • Kulit popia (ambil yang besar)
  • Sayur campur.

Inti:
Gaulkan sardin dengan sayur campur.

Cara lipat samosa

denagn step berterabur maka jadilah samosa papa papa buat..




Dah siap lipat kita goreng dalam kuali dengan api yang kecil sampai ia bewarna kuning keemasan. Yezzza







My New Phone Asus Zenfone 5

31 ogos 2014

detik bersejarah bagi rakyat malaysia. Pak non jugak bertuah dapat tukar sony walkman pak non ke new Asus zenfone 5.

kenapa pak non pilih zenfone 5, sedangkan banyak lagi smartphone yg lain tengah top macam pisang goreng panas lain, senang ja.. "kelainan" apa yang lain. jom ikuti review pak non.

spesifikasi:

CPU:
   2X2: Intel® Atom™ Multi-Core Z2560 Processor 1.6GHz with Intel Hyper-Threading Technology 
  • ini la kelainan yg pak non nak. intel atom yg memang sedia kita tahu menggunakan kuasa yang rendah untuk keluarkan output yang tinggi, dengan intel Hyper-Threading Technology  maka ia mempunyai kuasa pemprosesan yang sama seperti quad core processor lain seperti mediatek dan qualcomm
Ram: 2gb.
  • mengcukupi untuk multitasking dan game.

Grafik prosessor unit (GPU):
   PowerVR SGX544MP2.

  • hehehe ramai tak tau yang smartphone ada GPU, semua devices ada GPU nexus pakai GPU tegra dari Nvidia, Galaxy S5 pakai adreno, dan sesetengah tablet murah pakai GPU mali. GPU ni penting jugak tau untuk main high end game. kalau tak game tak running la der
Camera:
   Rear 8 Mega-Pixel, Auto Focus, LED Flash, F2.0 Aperture, PixelMaster

  • nampak tak aperture f2.0 lens memboleh kan cahaya masuk dengan banyak dan dengan pixel master technology membolehkan kita menagmbil gambar night mode dengan lebih jelas.
  • software untuk camera zenfone 5 ini dilengkapi dengan time rewind, HDR image, panorama, night mode, low light mode, selfie mode (mode ni paling pak non suka), miniature mode, depth of field dan banyak lagi lah.
  • rakaman video HD 1080p@30fps
   Front 2 Mega-Pixel, F2.4 Aperture

Storage: internal 16gb. boleh tambah sd card hingga 64gb

Display: IPS capacitive touchscreen, 16M colors, 5.0 inci

ok. kalau korang nak lebih lebih spec spec yang lain boleh ambil kat sini

Reviu:

  • setakat ni pak non dah main game real racing 3, asphalt 8, COC dan NOVA, memang smooth lah. no lag, no pain no phone crash.. hehehe
  • camera. low light mode memang daboom point untuk zenfone 5 ni. gambar low light yang sangat jelas. 
  • screen. 5.0 inci ips lcd. memang tak sehebat samsung amoled. tetapi ips lcd dapat memberikan warna sebenar tanpa over brightness seperti amoled screen. jadi gambar yang kita lihat adalah lebih nyata.
  • bateri: power bank diperlukan untuk heavy user. untuk average user, batteri dapat litium polimer asus zenfone 5 2100mAh dapat menampung keperluan anda seharian.

negatif feedback from hati ke hati:

kedudukan lubang speaker dibelakang menyebabkan sound tak begitu jelas apabila phone diletakkan mendatar atas meja.

itu aja.. yang lain nora bagi empat bintangggg''' hehehe ( maaf nora, nama lu naik)

 

Thursday 18 September 2014

USB OTG untuk pengguna smartphone android

USB OTG.
 
apa tu USB OTG ?
 
ramai pernah lihat atau dengar "usb otg ready" dalam spesifikasi smartphone android anda.
USB OTG ini adalah singkatan dari USB On The Go. Ia membolehkan smartphone atau tablet android kita dihubungkan ke peranti usb lain menggunakan kable OTG yang disediakan, contoh alatan yang boleh dihubungkan ke smartfone atau table kita menggunakan USB OTG ni ialah:
 
  • Hard drive
  • Pendrive
  • Keyboard
  • Mouse
  • Gamepad / joystick
 
 
anda boleh menyambung PS2 controller menggunakan usb OTG cable 
 
tak semua peranti android dapat menggunakan usb OTG ni, ini bergantung pada kernel smartphone anda. anda boleh download USB OTG Checker untuk memastikan adakah smartphone anda dapat menggunakan USB OTG atau tidak. Bagi yang berpengalaman anda boleh root smartphone anda untuk membolehkan phone anda menggunakan USB OTG ini.  Disini saya senaraikan beberapa smartphone android yang dapat menggunakan usb OTG: 
 
  • Nexus 4,5,6,7
  • samsung galaxy note
  • samsung galaxy tab
  • Asus zenfone 4,5,6
  • DLL





 
 
 

Monday 10 December 2012

Vitamin untuk cantik

VITAMIN APA UNTUK KULIT SIHAT DAN CANTIK?

Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam
keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolage

n walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Selain daripada itu, kulit juga memerlukan AIR yang mencukupi supaya sel sentiasa sihat.. dan cantik!

Air; sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah


Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

- Mudah tertekan ( stress)
- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
- Tapak kaki keras dan kasar
- Luka yang lambat baik
- Mudah selsema/ bersin
- Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
- Mudah dapat ulcer
- Mudah demam
- penyakit Skurvi(penyakit gusi berdarah)




Berjimba

BERJIMBA

korang mesti penah dengar kan ayat ni. tah mana mana datang la ayat ni. so pak non pandai pandai lah menafsir.. chill out

sering juga diguna sebagai "BERJIMBA"..menurut kamuskamus orang biasa ia membawa maksud berseronok secara pukal..dimana aktiviti menyeronokkan dilakukan bersama rakanrakan,adikberadik,family,sepupusepapat secara rawak..ia juga membawa maksud berpoyapoya versi sopan..bagi mengambarkan keseronokan tahap maksimum ia juga boleh dibundarkan menjadi "BERJIMBA RAMBA".