Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam
keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.
Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolage
n walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
Vitamin E terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.
Selain daripada itu, kulit juga memerlukan AIR yang mencukupi supaya sel sentiasa sihat.. dan cantik!
Air; sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah
Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
- Mudah tertekan ( stress)
- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
- Tapak kaki keras dan kasar
- Luka yang lambat baik
- Mudah selsema/ bersin
- Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
- Mudah dapat ulcer
- Mudah demam
- penyakit Skurvi(penyakit gusi berdarah)